Semoga mampu galas tugas dengan cemerlang

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH atas segalanya. Dikongsikan temuramah saya selaku CEO Malaysian Timber Council – MTC yang diterbitkan dalam Majalah Timber IQ, sebuah majalah mengenai perkayuan berpangkalan di Afrika Selatan.

Sebahagian kandungan temuramah di pautan berikut manakala selebihnya sebagaimana snapshot yang disertakan: https://www.timberiq.co.za/…/mtc-appoints-muhtar…/

- Advertisement -

Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) adalah satu agensi di bawah naungan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat wilayah/regional offices di Houston, Amerika Syarikat (bagi pasaran Amerika), Rotterdam, Belanda (bagi pasaran Eropah), Dubai, UAE (bagi pasaran Timur Tengah dan Afrika), Bengaluru, India (bagi pasaran Asia Selatan) dan Guangzhou, China (bagi pasaran Asia Timur).

Saya seorang yang percaya kepada engagements iaitu menjadikan libat urus dengan pemegang-pemegang taruh dalaman dan luaran sebagai langkah berkesan dalam melaksanakan tugasan.

Insha-Allah sesi-sesi libat urus akan diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan sinergi bersama pemain industri, warga kayu-kayan dan semua segmen masyarakat terus berkembang maju.

MTC yang ditubuhkan pada tahun 1992, bertujuan untuk mempromosi dan mengembangkan industri kayu-kayan di Malaysia dan luar negara. Ia juga sebagai satu badan koordinasi bersama persatuan dan pemain industri berkaitan.

Terdapat enam (6) persatuan gabungan di bawah MTC seperti berikut:
Malaysian Wood Industries Association (MWIA)
The Malaysian Panel-Products Manufacturers’ Association (MPMA)
The Timber Exporters’ Association of Malaysia (TEAM)
Malaysian Wood Moulding & Joinery Council (MWMJC)
Malaysian Furniture Council (MFC)
Persatuan Pengusaha Kayu-kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA).

Selain itu, Lembaga Pemegang Amanah MTC juga dianggotai wakil daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)/Forestry Department of Peninsular Malaysia (FDPM), Malaysian Timber Industry Board (MTIB) dan pemegang-pemegang amanah bebas.

Terdapat dua lagi gabungan persatuan kayu-kayan yang turut bekerjasama dengan MTC iaitu Malaysian Timber Association (MTA) dan Malaysian Timber Industry Forum Association (MTIFA).

Doakan semoga saya dan pasukan mampu menggalas tugasan ini dengan cemerlang. Semoga tanggungjawab dapat ditunaikan dengan sebaiknya dalam mencari bekal khidmat untuk dibawa sampai ke akhirat. Aamiin.

MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI
CEO Malaysian Timber Council (MTC) – HARAKAHDAILY 7/2/2021

- Advertisement -