Gerak IPMC tangani penularan COVID-19 pekerja asing

- Advertisement -

KITA masih belum berjaya menangani wabak pandemik COVID-19. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dari sudut pendidikan, penguatkuasaan SOP, Perintah Kawalan Pergerakan, kuarantin kes-kes positif dan sebagainya.

Terkini program vaksinasi akan menjadi agenda besar Kerajaan PN dalam menangani dan mengawal wabak ini. Usaha untuk memberikan keyakinan kepada rakyat dimulakan dengan kesediaan Perdana Menteri (PM) sendiri mendapatkan suntikan imunisasi.

- Advertisement -

Frontliners telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga sebahagian di kalangan mereka juga telah dijangkiti COVID-19 ini. Peningkatan kes positif di Negeri Selangor telah saya jangkakan awal lagi disebabkan kepadatan penduduk, mobilisasi manusia dan jumlah pekerja warga asing yang tinggi di negeri perindustrian seperti Selangor ini.

Adakah Selangor benar-benar memberikan peruntukan yang munasabah dalam usaha membendung wabak ini? Jawabnya tidak!

Malah pada peringkat awal gelombang ketiga apabila PKPB dikenakan semula di Selangor dan kerajaan negeri seolah-olah menolah, saya sudah menjangkakan keputusan tidak bijak dan tiada keseriusan kerajaan negeri.

Balanjawan 2020 Selangor juga tidak meyakinkan rakyat dalam keseriusan kerajaan negeri menangani pandemik COVID-19 khususnya dari sudut kawalan jangkitan. Tiada usaha dan perancangan untuk program secara bersepadu bersama pihak berkuasa, NGO, komuniti dan rakyat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini.

Frontliners sudah keletihan bertungkus lumus tetapi jangkitan masih berterusan dengan jumlah kes positif yang semakin bertambah di Selangor dan beberapa industri dan pasar raya terpaksa ditutup yang melibatkan pekerja asing.

Ini yang saya cadangkan dalam perbahasan sidang dewan supaya isu yang harus kita tangani ini adalah perlu diselesaikan melalui proses pendidikan dan penguatkuasaan yang berterusan. Peranan ini harus dibantu oleh komuniti tempatan secara serius. Saya mencadangkan diwujudkan jawatankuasa komuniti yang menekankan pendidikan norma baru kehidupan dan tingkah laku manusia.

Kalau ‘combi’ diwujudkan untuk menyedarkan masyarakat untuk menangani masalah denggi kenapa tidak JK Komuniti untuk menangani COVID-19 juga perlu diwujudkan dengan peruntukan aktiviti program dan sumbangan peralatan ‘PPE’.

Saya juga mencadangkan IPMC (Industrial Park Management Committee) yang telah sedia ada digerakkan untuk menangani penyebaran COVID-19 di kalangan pekerja asing di kilang di Negeri Selangor secara bersungguh.

YB DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI
Pesuruhjaya
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 27/12/2020

- Advertisement -