Perkhidmatan rel bandar dalam norma baharu

- Advertisement -

SEMASA Wawancara Bicara Naratif RTM pada hari Isnin, 14 Disember 2020 baru-baru ini, saya telah menerima pertanyaan oleh pemanggil bernama Siti yang menyatakan keprihatinannya terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengguna perkhidmatan rel bandar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa yang dibangkitkan beliau adalah situasi yang benar-benar berlaku dan pematuhan SOP ini sememangnya perlu diberi penekanan serius dalam usaha kita menangani penularan pandemik COVID-19 demi keselamatan pengguna pengangkutan awam.

Sebenarnya, saya dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) secara konsisten bertegas dan mengingatkan semua kakitangan dalam perkhidmatan pengangkutan awam supaya memastikan SOP ini dipatuhi sejak di peringkat awal pelaksanaan PKP bagi menjamin keselamatan para pekerja dan pengguna.

- Advertisement -

Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Pegawai Pengangkutan Awam Darat (PPAD) telah diberi kuasa untuk melakukan tugas-tugas pemantauan untuk memastikan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi.

Pemeriksaan pematuhan SOP PKP telah dijalankan oleh PPAD bermula Mei sehinggalah sekarang, Disember 2020 dengan menfokuskan pematuhan penyediaan kod pengimbas ‘MySejahtera’, pengimbasan suhu penumpang, pematuhan pemakaian pelitup muka serta pembersihan dan sanitasi. Selain itu juga, satu pemantauan telah diadakan di depoh penyelenggaraan tren LRT Kelana Jaya di Lembah Subang.

Dari bulan Mei hingga Disember 2020, sebanyak 189 pemeriksaan telah dijalankan di stesen-stesen yang beroperasi di bawah Rapid (MRT, LRT dan Monorel), KTM, dan ERL. Diakui, tahap kepatuhannya agak rendah pada bulan Jun iaitu hanya 63 peratus, namun peratusan pematuhan SOP ini meningkat menjadi 90 peratus pada bulan Oktober dan 100 peratus pada bulan lalu.

Ini menunjukkan bahawa wujudnya kesedaran awam dan amalan normal baharu di semua terminal dan stesen kereta api dengan pematuhan SOP semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari.

Dalam beberapa keadaan, agak mengecewakan juga apabila tiadanya kakitangan yang ditempatkan di pintu masuk terminal atau stesen untuk memastikan pengguna mengimbas kod MySejahtera dan suhu badan mereka, atau mencatat secara manual nama dan nombor telefon mereka. Justeru itu, para pengurus stesen yang berkenaan diingatkan agar menerapkan amalan pematuhan SOP dengan tegas melalui surat-surat yang telah dikeluarkan kepada mereka bertarikh 18 Jun, 14 Ogos, dan 28 Oktober.

Sebagai tambahan kepada pemantauan yang dilakukan oleh PPAD, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga turut melakukan penguatkuasaan dan pemantauan secara bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh MKN pada 8 Oktober 2020. Di bawah arahan ini, dua operasi telah dijalankan: 3 Disember di Stesen Pasar Seni, Kuala Lumpur (KTMB, MRT dan LRT Laluan Kelana Jaya) dan 9 Disember 2020 di Stesen Subang Jaya, Selangor (KTMB dan LRT Laluan Kelana Jaya).

Sehingga kini, MOT sentiasa menegaskan soal pematuhan SOP kesihatan sepanjang tempoh PKP dan semua versi yang ada (PKPB atau PKPP atau PKPD) secara serius dan akan terus memantau dengan teliti. Ini adalah kerana, keselamatan dan kesihatan pekerja serta pengguna pengangkutan awam adalah keutamaan kami.

Semasa sambutan perayaan Hari Krismas ini, saya berharap seluruh rakyat Malaysia sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri masing-masing serta mengamalkan norma baharu.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia
23 Disember 2020

During my interview on RTM’s Bicara Naratif recently on 14 Dec 2020, I received a question by a caller named Siti who expressed her concern on the urban rail services’ compliance with the SOPs from the start of the movement control order. It was a valid question and quite rightly, we must be able to address our public transport users’ concerns on our public transport’s compliance to safety and health for all. 

In actual fact, the Ministry of Transport and I have consistently urged and reminded all staff to ensure the compliance with these SOPs to safeguard the health of our rail employees and our valued public transport users since the beginning of the government’s response to the Covid-19 pandemic. 

Under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342) or Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 in BM, the Ministry of Health authorises Land Public Transport Officers (PPAD) to perform monitoring duties to ensure the SOPs or standard operating procedures provided by the National Security Council (MKN) are complied with strictly. 

Our PPADs have been constantly on the ground to conduct this monitoring between May and now, focusing on whether rail stations and terminals have put up ‘MySejahtera’ QR codes, body temperature scanners, sanitisers, and make it a must for commuters to wear masks on the trains. They have also checked the LRT train depot in Kelana Jaya in Lembah Subang for the same reasons. 

From May to December 2020, a total of 189 checks have been conducted on stations operating under Rapid (MRT, LRT and Monorel), KTM, and ERL. Admittedly, the compliance levels were relatively low in June at 63 percent, this number was successfully improved to 90 percent in October and 100 percent last month.

It shows that a new awareness and a new normal have indeed set in place in all our rail terminals and stations to follow the health SOPs during daily rail services. 

In some instances, it is disappointing that terminal officers were not stationed at entry points to ensure that users scan MySejahtera and their body temperatures, or jot down their particulars if they do not have smartphones with QR code scanners. In response to this, the relevant station managers were admonished and reminded to strictly implement the given SOPs through internal letters issued on 18 June, 14 August, and 28 October. 

As an addition to the monitoring conducted by our PPADs, the Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) also carried out intra-Agency enforcement and monitoring with the Royal Malaysian Police (PDRM) under directive issued by the MKN on 8 October 2020. Under this directive, two operations were conducted: 3 December in Pasar Seni station (KTMB, MRT and LRT Kelana Jaya line) and then on 9 December in Subang Jaya (KTMB and LRT Kelana Jaya). 

Even now, the MOT continues to take the compliance to health SOPs during the MCO and all its versions seriously and will monitor the situation closely, as the safety and health of our rail employees and transport users are top priorities. 

During this Christmas festive season, I hope all Malaysians will remember to take care of their health and protect others too by always practising good hygiene, and wear facemasks.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Minister Of Transport
23 December 2020 – HARAKAHDAILY 23/12/2020

- Advertisement -