Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga 1 petang tadi menunjukkan pengurangan.

- Advertisement -

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 975 mangsa daripada 363 keluarga masih berkampung di 11 PPS yang hanya dibuka di jajahan Pasir Mas.

Catatan paras air sehingga jam 12 tengahari tadi hanya Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 10.17 meter mengatasi paras bahaya 9 meter.

Portal infobanjir.water.gov.my pula menunjukkan tiga sungai pula mencatat bacaan mengatasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Lebir di Tualang iaitu 27.46 meter melebihi 27 meter.

Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah juga menunjukkan trend menurun namun masih erjaga-jaga pada paras 12.10 meter. Situasi sama berlaku di Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat iaitu 2.48 meter melepasi paras berjaga 2 meter sehingga jam 12 tengahari tadi.

Sementara itu Sungai Lebir di Kuala Koh, Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Kelantan di Kuala Krai kembali normal.

Begitu juga Sungai Golok di Jenob, Sungai Kelantan di Jeti Kastam Kota Bharu, Sungai Kelantan di Air Mulih Pasir Mas, Empangan Bukit Kwong Rantau Panjang dan Sungai Semerak di Pasir Puteh. – HARAKAHDAILY 22/12/2020

- Advertisement -