DHPP santuni penganut Kristian menjelang Krismas

- Advertisement -

RAUB: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Pahang telah memberikan sumbangan barangan dapur kepada penganut Kristian menjelang Hari Krismas yang bakal menjelang hujung bulan ini.

Pemberian tersebut juga dalam rangka melebarkan hubungan DHPP telah disampaikan menerusi DHPP Kawasan Raub dalam satu kunjungan yang diadakan ke Gereja Methodist Tamil Raub, di sini semalam.

- Advertisement -

Ketua Pemuda DHPP Pusat, Balendran Balasubramaniam berkata, dalam situasi pandemik COVID-19 ini amat penting untuk saling menyebarkan sifat rahmah sesama insan khususnya kepada golongan memerlukan.

Menurutnya, inisiatif sedemikian bukan sahaja untuk mengadakan kerjasama dengan masyarakat secara lebih luas demi menyebarkan kebaikan bersama, tetapi juga mewujudkan keharmonian kaum dan agama.

Pihak gereja yang mewakili masyarakat Kristian setempat telah mengalu-alukan delegasi PAS disertai sama wakil PAS Raub, Azizul Hakim dan Ketua DHPP Raub, Yogendran Palanisamy. – HARAKAHDAILY 14/12/2020

- Advertisement -