Asnaf dan ibu tunggal ikuti kursus buat murtabak

- Advertisement -

TELOK KEMANG : Seramai 17 orang daripada golongan asnaf dan ibu tunggal didedahkan dengan teori dan praktikal kaedah penyediaan murtabak dalam satu bengkel yang berlangsung di Masjid Kariah Telok Kemang, di sini semalam.

- Advertisement -

Bengkel yang dianjurkan oleh NGO PRIHATIN PD dengan kerjasama Masjid Kariah Telok Kemang ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Masjid itu, Cikgu Ahmad Nazri Abd Aziz.

Peserta didedahkan secara teori dan praktikal kaedah penyediaan murtabak oleh empat orang tenaga pengajar mahir dan berpengalaman diketuai oleh Roshita Mamat.

Selain bengkel memasak, peserta turut diberikan taklimat oleh wakil TEKUN Negeri Sembilan, Mokhtar Mustaffa berkaitan perkhidmatan dan bantuan yang boleh dipohon atau disalurkan oleh TEKUN.

Program penutup telah disempurnakan oleh Penasihat PRIHATIN PD, Badzli Bakar di mana setiap peserta telah diberikan sijil penyertaan.

Manakala kumpulan kedua telah dipilih sebagai kumpulan terbaik oleh pihak juri dan layak menerima hadiah khas daripada penganjur. – HARAKAHDAILY 13 /12/2020

- Advertisement -