Retorik pembangkang tidak pengaruh MP sokong bajet

Shahir Adnan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelbagai bantuan yang disediakan Kerajaan Perikatan Nasional yang diperuntukan dalam Belanjawan 2021 antara faktor undi belah bahagi gagal pada sesi pengundian bajet di Dewan Rakyat, hari ini.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) berkata disaksikan rakyat apabila hanya 13 orang sahaja ahli Parlimen pembangkang yang bangun mengundi dan tidak mencukup 15 orang seperti yang ditetapkan Peraturan Mesyuarat.

- Advertisement -

Ketua DPIM, Shahir Adnan berkata pihaknya bersetuju dengan suara majoriti daripada ahli Parlimen kerana di dalam bajet itu terdapat bantuan aliran tunai kepada rakyat, bantuan kewangan langsung dan peluang pekerjaan yang akan diwujudkan untuk rakyat.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar.

RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.

Kata Shahir, ini jelas menunjukkan pihak pembangkang terutama ahli Parlimen PAN, hanya bermain retorik politik di Dewan Rakyat.

Malah katanya tindakan itu juga menunjukkan perpaduan antara pembangkang amat rapuh apabila sekadar mendapat 13 sokongan pihak pembangkang.

“Sebelum itu PKR yang disebut-sebut mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia, ternyata gagal mendapat sokongan ahli Parlimen mereka sendiri apabila gagal mendapatkan 15 undi pihak mereka.

“DAP pula hanyalah berdebat kosong dan berkecuali apabila berlakunya pengundian,” kata Shahir kepada Harakahdaily.

Secara tersirat katanya, ahli Parlimen Barisan Nasional dan Perikatan Nasional jelas membela rakyat apabila melakukan perubahan kepada Belanjawan 2021 agar lebih memberikan manfaat kepada rakyat.

Lebih-lebih lagi katanya Kerajaan Perikatan Nasional masih mendapat mandat ahli-ahli Parlimen untuk mentadbir negara.

“Bagaimanapun berita baik untuk rakyat apabila dapat mengeluarkan wang simpanan mereka di dalam tabung 1 KWSP pada waktu yang getir ini, seperti dituntut pelbagai pihak, termasuklah Dewan Pemuda IKATAN Malaysia.

“Menteri Kewangan juga telah menambahbaik penerima faedah apabila melonggarkan syarat-syarat dengan memperluaskan kemudahan pengeluaran kepada mereka yang mengalami penurunan pendapatan pada tahun ini.

“Pencarum yang tidak aktif atau yang bekerja di sektor tidak rasmi yang terkesan turut boleh membuat pengeluaran,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

- Advertisement -