Pemuda PAS sentiasa bertindak sebagai ejen penyatuan

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: Pemuda PAS komited berperanan sebagai ejen penyatuan kepada sayap pemuda parti-parti pendukung kerajaan sesuai inspirasi PAS untuk tiga parti membawa satu wadah iaitu Islam dan Melayu.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar, Mohamad Omar Adam menyatakan, usaha penyatuan ini adalah perlu bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan untuk kembali mendapatkan kuasa memerintah yang sudah nyata merugikan umat Islam dan Melayu.

Agenda memperkukuhkan Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional itu ditegaskannya pada pertemuan dua hala dengan ARMADA Kuala Kangsar di Matahari Coffe House, Casuarina@Lanai, di sini baru-baru ini.

Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan dan penyatuan parti-parti melayu Islam dalam semangat gabungan Perikatan Nasional di peringkat Kuala Kangsar.

Pertemuan dua hala ini berlangsung dengan baik dan kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan agenda penyatuan dan perbincangan secara talian yang akan melibatkan ketiga-tiga sayap parti termasuk Pemuda Umno.

Hadir dalam pertemuan tersebut adalah rombongan G5 ARMADA dipimpin Ketua ARMADA Kuala Kangsar, Muhamad Hafiz Abdullah Ishak serta Naib dan Setiausaha Pemuda PAS Kuala Kangsar, Mujahidin Musa dan Wafi Abd Rahim.

Terdahulu pada Mac yang lalu, pertemuan bersama Pemuda Umno Kuala Kangsar juga telah diadakan yang bertempat di Kompleks PAS Kawasan Kuala Kangsar. – HARAKAHDAILY 25/11/2020

- Advertisement -