Kesinambungan Prihatin PAS TAWAU

- Advertisement -

TAWAU: PAS Tawau kelmarin telah mengedarkan sumbangan yang berupa barangan dapur kepada 50 penerima yang merupakan penduduk Kampung Hidayat, Kinabutan Kecil dan Tawau Lama.

Program edaran sumbangan barangan dapur ini adalah program berterusan anjuran PAS Tawau ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membantu rakyat yang terjejas dan sumbangan ini adalah hasil daripada kutipan orang ramai melalui PAS Tawau.

Sumbangan telah disampaikan oleh AJK PAS Pusat yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Tawau, Mohamad Hussain, diiringi oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Halim Bidi.

- Advertisement -

Turut hadir ialah Setiausaha PAS Kawasan Tawau, Ustaz Razali Hasani, Timbalan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT), Irwan Hamdan dan AJK PAS Kawasan Tawau yang lain.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, sila salurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad 10025010006556 (PAS Kawasan Tawau) dengan menghubungi Mohamad Husain di nombor 0198333639 atau Majid di nombor 0138855758. – HARAKAHDAILY 14/11/2020

- Advertisement -