Kelantan tangguh program babit peserta luar

Foto UKMB
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan menangguhkan program-program besar yang membabitkan penyertaan peserta dari negeri-negeri lain bagi mengelak penularan Covid-19.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, antaranya Persidangan Buluh dan Gaharu yang dijadual diadakan pada 31 Oktober ini.

- Advertisement -

“Begitu juga Sambutan Hari Alam Sekitar terpaksa ditunda kerana masalah yang sama. Bagaimanapun program yang ditunda membabitkan jumlah yang kecil,” katanya di sini, semalam.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan rakyat di negeri itu berhati hati dan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Kata beliau pematuhan itu termasuk memakai pelitup muka, penjarakkan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Beliau juga bersyukur kerana tiada kes baharu Covid yang berlaku membabitkan penduduk tempatan kecuali mangsa yang pulang dari luar Kelantan termasuk dari Shah Alam Selangor dikategori kes import.

“Walaupun Kelantan kita masih terpelihara, namun aspek keselamatan mesti dilakukan dari semasa ke semasa,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/10/2020

- Advertisement -