Rakyat Malaysia sayang PM

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Hampir 70 peratus rakyat Malaysia pelbagai peringkat menyayangi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin namun tidak diluahkan di media sosial.

- Advertisement -

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia, Dato’ Muhamed Farid Muhamed Zawawi berkata, hakikat itu turut ditemui pada kaji selidik badan bebas yang dilakukan sebelum ini.

Katanya, kalau ditemui rakyat di bawah rata-rata melahirkan puas hati terhadap kewibawaan Perdana Menteri sekarang.

“Mereka tidak menyatakan sokongan itu melalui media sosial termasuk Youtube, Facebook dan Instagram seperti anak-anak muda sekarang.

“Sedangkan kalau kita temui di kampung atau di mana sahaja rakyat meluahkan puas hati terhadap kepimpinan Muhyiddin,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni penarik beca di di Pasar Siti Khadijah di sini semalam. – HARAKAHDAILY 19/10/2020

- Advertisement -