3 dekad Kelantan menempuh onak duri

- Advertisement -

SATU perjalanan yang sukar yang dipenuhi onak duri perjuangan dalam pentadbiran. Seawal 90-an pentadbiran ini diramal hanya mampu bertahan 3 bulan. Namun usaha gigih, cekal tiada putus asa Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz menangkis dakwaan dengan kemenangan bergaya dan pentadbiran yang bebas salah laku akhlak dalam pentadbiran dengan Membangun Bersama Islam sebagai paksinya.

Dalam tempoh yang panjang, Kelantan dinafikan segala hak dan kudrat kewangan. Kantung kewangan yang ‘cukup-cukup makan’ Kerajaan ini terus bangkit dengan kapasiti yang terbatas. Berkat usaha doa dan ikhtiar tanpa lelah. Bangkit dan mengorak langkah demi rakyat Kelantan.

Kerajaan ini bukan sempurna. Namun sedayanya ingin sajikan yang terbaik buat rakyat. Isu air, isu royalti, jaringan jalan raya, isu peluang kerja dan beberapa isu yang sering menjadi rintihan rakyat sentiasa disantuni rapat oleh kepimpinan. Kini iklim suasana perubahan mula dirasai. Sejarah melakarkan suasana baharu politik pentadbiran Kelantan selari dengan Persekutuan.

- Advertisement -

Komitmen Persekutuan untuk tidak mengamalkan ‘double standard’ kepada Kelantan disambut penuh kesyukuran oleh kerajaan dan seluruh hamba rakyat. Isu air yang menjadi igauan rakyat menjadi keutamaan Kerajaan untuk mengatasinya berkat persefahaman jitu Kelantan dan Putrajaya. Ianya bukan mudah. Namun pasti ada penawarnya. Ianya pasti memberi impak positif untuk Kelantan melangkah ke hadapan mara berdaya saing seiring negeri-negeri membangun yang lain seterusnya memberi yang terbaik buat semua.

Begitulah antara usaha gigih yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan demi memastikan rakyat Kelantan mendapat hak yang sepatutnya.

Sempena Amanat Khas, kami berpeluang berbincang, berbengkel, mengkaji, menganalisa dan sepakat berikrar untuk terus menabur budi dan keringat sedayanya. Kami bukan yang terbaik, namun ikhtiar sedayanya membantu mengembleng buah fikiran demi manfaat semua pihak.

Mengetuai Kumpulan Seranta: Bengkel 3 Dekad Amanat Khas Dato’ Bentara Kanan.

JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN
Timbalan Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 19/10/2020

- Advertisement -