Tarbiyah jiwa mendepani cabaran MedSos

- Advertisement -

ANTARA kaedah nak tarbiyah jiwa zaman ini ialah melatih hati atau emosi dengan rasa sabar dan tenang bila baca sebarang komen di MedSos oleh tentera cyber trooper lawan. Baca komentar maki hamun mencarut mereka tanpa ada sebarang perasaan. Bagaimana tips untuk tak berperasaan itu?

(1) Anggap sahaja mereka itu memang dibayar untuk tugas tersebut. Mereka tak emosi pun menulis itu. Mereka seronok sebab mereka memang digaji untuk itu. Jadi kenapa kita nak beremosi sangat… kadang itu berpuluh akaun yang komen, orangnya mungkin kuli bergaji seorang dua saja…

(2) Anggap saja mereka itu sedang tersesat dalam keraguan dan hati mereka berbolak balik tidak tenteram. Mereka sedang cuba nak hiburkan hati mereka yang bergolak punah itu. Caranya ialah lepaskan gelora yang berombak itu melalui medsos. Kononnya nak cari tenang, tapi hakikatnya jiwa mereka makin sakit…

- Advertisement -

(3) Anggap saja yang mereka itu melalui zaman kecil hingga dewasa dalam keadaan tak cukup kasih sayang. Biasa kita baca mengenai profil perogol atau penjenayah seksual datang dari mangsa dera seksual semasa kecil. Begitulah mereka ini. Ramai dari kalangan mereka yang brutal nampak dekat medsos itu, bila bertemu muka rupanya inferiority complex… mata tak mampu nak bertentang dengan orang dan sesetengahnya gugup atau gagap… jadi kekurangan itu kononnya di top up atau dilepaskan melalui medsos...

(4) Selalu amalkan clear chat whatsappdelete dan remove tanpa perasaan sesiapa yang dirasakan perlu dan unfriend saja yang melampau sangat itu… tak rugi apa pun… boleh invite friends dan followers baharu…

(5) Kalau post atau share sesuatu di medsos, lakukan sahaja dan jangan baca sebarang comments yang ada. Biar orang lain bereaksi apa pun pada posting kita itu. Tapi jangan sesekali baca komen mereka. Ada kawan kita yang buat begini, dia kata dunianya rasa tenang. Sebab katanya kita dah berjaya sebarkan mesej kita dan kita tak perlu bebankan diri untuk baca komen orang lain… 

Banyak lagi tips sebenarnya… Tapi kita kongsi sikit-sikit dulu la…

USTAZ HAZMI DIBOK – HARAKAHDAILY 12/10/2020

- Advertisement -