Antara hisap rokok dan jangkitan COVID-19

- Advertisement -

GIGIH sungguh geng perokok pertahankan benang basah dengan sebar artikel bahawa perokok tegar beruntung kerana tidak mudah dijangkiti virus COVID-19.

Rupanya rujukan yang mereka buat itu tidak wujud pun kajian sokongan. Hanya menerang perkataan seerti dengan COVID-19 dalam Bahasa Arab. Bahkan Prof Dr Ali Bolgana yang dikatakan pakar itu pun entah wujud atau tidak?

Dakwaan mesej yang tular itu mengatakan Nikotin yang terdapat dalam rokok menghalang virus bahaya COVID-19 dari terus menyerang paru-paru. Kelakar sungguh!

- Advertisement -

Mari kita lihat beberapa kajian yang telah dikeluarkan oleh badan berautoriti dalam bab ini. Pada akhir Mac 2020 lalu WHO membuat anggaran hasil dari cerapan kes yang sedia ada, para perokok mempunyai risiko dijangkiti oleh COVID-19 sebanyak 14 kali ganda. Ini kerana kebanyakan kes yang berlaku banyak terdiri dari perokok.

Kemudian, dari kajian rebiu sistematik (Systematic Review Study) pada Jun 2020, perokok dan siapa yang pernah merokok didapati dijangkiti oleh virus COVID-19 sebanyak dua kali ganda. 

Kenapa berlaku, racun dalam asap rokok itu boleh merosakkan Silia (bulu halus salur pernafasan) dan menyebabkan dinding akan senantiasa melekit. Keadaan ini akan memudahkan lagi virus melekat dan membiak seterusnya mengganggu sistem pernafasan pesakit. Kalau fikir logik pun mekanisma tersebut boleh terjadi kepada semua perokok mahupun penghisap vape atau shisha.

Kesimpulannya, berhentilah merokok. Tak usah cari banyak alasan untuk tegakkan benang basah mengambil benda haram itu.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 5/10/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -