PAS bersama PN dan Kerajaan GRS

- Advertisement -

PAS akan terus berperanan dalam politik Sabah atas sikap dan gaya yang bersesuaian selaras dengan kedudukannya sebagai salah satu komponen Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

Selaras dengan itu PAS akan menyokong penuh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh parti-parti BN, PN dan PBS yang diberi mandat mengemudi Kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September 2020 yang lalu.

Sayugia ditegaskan bahawa PAS khususnya di Sabah mempunyai ahli-ahli yang terdiri dari kalangan pelbagai etnik dan suku rakyat Sabah termasuk yang Bukan Beragama Islam melalui sayapnya, Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP).

Justeru PAS yakin kepimpinan Kerajaan GRS yang diterajui oleh YAB. Dato’ Sri Panglima Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Sabah dengan kerjasama serta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS – HARAKAHDAILY 1/10/2020

- Advertisement -