Bina jalan RM30 juta ke Madinah Riyadah

Foto MD HANIF WAN AHMAD
- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebahagian dana khas RM400 juta yang diberi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini digunakan bagi membina infrastruktur di Madinah Riyadah (Kompleks Bukit Merbau).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, sebanyak RM10 juta dibayar kepada pemilik tanah yang terlibat dengan laluan ke lokasi berkenaan.

- Advertisement -

Katanya jalan terbabit sejauh 2 kilometer dari jalan utama Selising-Kok Lanas ke Madinatul Riyadah.

“Pembinaan jalan tersebut dianggarkan JKR melibat kos lebih RM30 juta. Semua pemilik tanah yang terlibat sudah dibayar pampasan membabitkan peruntukan RM10 juta,” katanya di sini.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan mahu membina Kompleks Sukan yang bernilai RM600 juta di Bukit Merbau Pasir Puteh.

Prasarana sukan juga akan dipertingkatkan di Jeli dan Kota Bharu sebagai persiapan menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) pada 2024. – HARAKAHDAILY 1/10/2020

- Advertisement -