PAS Puchong lancar Jentera PRU15

- Advertisement -

PUCHONG: Jentera Jabatan Pilihan Raya Parlimen (JPRP) PAS Kawasan Puchong telah dilancarkan sebagai persediaan bagi menghadapi PRU15 pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Puchong di Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP), di sini kelmarin.

- Advertisement -

Perasmian telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi di mana menegaskan perlunya jentera bersiap sedia dari semua sudut seolah-olah pilihan raya esok hari yang dipetik dari ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga mengingatkan supaya turut diadakan juga persiapan pada aspek tarbiyah, dana dan maklumat pengundi, selain hubungan dengan masyarakat perlu ditambah baik.

Daftar pengundi juga tegasnya, perlu digerakkan kerana mengikut data di negeri Selangor lebih 800,000 pengundi yang majoritinya berbangsa Melayu serta layak mengundi masih belum mendaftarkan diri.

Majlis juga disusuli dengan penyerahan watikah arahan gerak kerja Jentera Pilihan Raya PAS Puchong kepada semua Ketua-ketua Jentera termasuk Ketua JPR Unit Daerah Mengundi (UDM).

Turut menyemarakkan semangat ini adalah bacaan ikrar Jentera Pilihan Raya PAS Selangor yang dibacakan oleh Pengarah JPRP Puchong, Sopian Omar. – HARAKAHDAILY 16/9/2020

- Advertisement -