Pinda peruntukan kekang pencemaran sungai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pencemaran air sungai Selangor yang berlaku bukan sahaja menjejaskan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), malah turut membabitkan Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA), kata Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Ismail Abd Muttalib.

Menurut beliau, setelah KPKT menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam 2007 dalam Akta 672, tanggungjawab yang lebih besar adalah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

- Advertisement -

Beliau berkata demikian di Dewan Negara ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Senator Husain Awang bagi menyatakan berhubung keperluan meminda peruntukan di bawah kerajaan tempatan bagi memberikan kuasa yang lebih kepada PBT dalam mengekang serta mengawal pembuangan sisa perindustrian dan pengilangan ke sungai.

Sementara itu, katanya pihak KPKT juga telah melaksanakan program sisa pepejal yang membabitkan tiga syarikat konsesi di seluruh negara iaitu SWM Environment Sdn Bhd bagi negeri di selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Ujarnya lagi, Alam Flora Sdn Bhd untuk Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang, manakala Environment Idaman Sdn Bhd di wilayah utara iaitu Kedah dan Perlis.

Bagaimanapun beliau berkata, akta berkenaan perlu diterima pakai oleh kerajaan negeri, maka ianya sudah tentu kekuatan KPKT untuk menginfes perlaksanaan ini agak terhad.

Justeru itu, beliau berharap agar kerajaan negeri turut serta bekerjasama menerima akta berkenaan agar dapat bersama-sama memperkasakan perlaksanaannya termasuklah mengambil tindakan kepada pengilang dan serta menarik lesen-lesen yang telah dikeluarkan kepada mereka. – HARAKAHDAILY 15/9/2020

- Advertisement -