Dewan Ulamak bantu kempen PN di Sabah

- Advertisement -

MACHANG: Dewan Ulamak PAS tetap turun padang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, walaupun tiada calon daripada parti itu yang bertanding.

Ketuanya Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, bilik gerakan PAS juga akan dibuka bagi membantu jentera kempen Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

Menurut beliau, walaupun PAS sebahagian kompenan kerajaan PN namun tiga tonggak iaitu politik, dakwah dan tarbiyah tidak pernah diabaikan biarpun PAS tidak bertanding pada pilihan raya Sabah.

“Kita kena kerja kuat di Sabah, parti kita ada kelebihan, politik, dakwah dan tarbiyah, acuan ini tidak berhenti.

“Bertanding atau tidak, kerja ini mesti diteruskan, dapat pahala, walaupun tidak bertanding, kerja ini kena diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat di Markas Dewan Ulama PAS Kelantan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata, pihaknya akan ke Sabah pada 20 hingga 25 September ini di samping membantu gerak kerja kempen.

“Saya akan adakan pertemuan dengan masyarakat petani pada perjumpaan yang akan diadakan di Sabah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/9/2020

- Advertisement -