Bank Dunia jangka ekonomi Malaysia pulih 2021

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Bank Dunia meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan meningkat tahun hadapan selepas mengalami pengucupan ekonomi ketara akibat pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim berkata, pengucupan ekonomi yang berlaku sekarang melanda seluruh dunia.

- Advertisement -

Bagaimanapun katanya ekoran beberapa langkah diambil kerajaan, Bank Dunia menganggarkan tahun hadapan pemulihan ekonomi akan berlaku.

“Bank Dunia menganggarkan pertumbuhan ekonomi kita tahun 2021 antara 5.3 peratus hingga 6.9 peratus, InsyaAllah,” ujarnya pada Majlis Serahan Sumbangan Program Pengindahan Dataran Alamanda di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin di sini, hari ini.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbiran SMK Chung Hwa Wei Sin, Nor Arzman Jaafar, Pegawai Khas Parlimen Kuala Terengganu, Syed Ali Syed Al-Idrus, Pegawai Perhubungan dan Kemasyarakatan Parlimen Kuala Terengganu, Zulkifli Wahab dan Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Chua Kim Huat atau Jefri Chua.

SMK Chung Hwa Wei Sin antara 50 sekolah di Kuala Terengganu yang menerima sumbangan ahli parlimen kawasan berkenaan. – HARAKAHDAILY 9/9/2020

- Advertisement -