Perjumpaan mahabah tangani isu-isu kaum hawa

- Advertisement -

PASIR SALAK: Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak bersama Muslimat PAS Cawangan Seberang Perak telah menganjurkan perjumpaan mahabah bersama kaum hawa di Seberang Perak, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ia berfokus bagi membantu dan menangani isu dalam kalangan kaum wanita sama ada ibu tunggal, anak muda atau warga emas termasuk sedang bergiat bidang perniagaan kecil-kecilan dan ingin mengembangkannya dengan lebih meluas.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 50 penduduk setempat ini telah dilaksanakan di rumah Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung (JSPK), Zahir Hamzah yang juga Ketua PAS Seberang Perak.

Pertemuan dihadiri Ketua Muslimat PAS Pasir Salak, Jamaliah Sudin dan Ketua Muslimat PAS Seberang Perak, Jamaiah Shuib serta Ketua Ameerah Pasir Salak, Syazwani Ashar, selain Ahli Jawatankuasa Muslimat Cawangan.

Jamaliah dalam ucapannya menyatakan bahawa pihaknya menerusi lajnah-lajnah yang ada sentiasa merancang dan membantu kaum wanita misalnya dalam perniagaan dengan usaha memasarkan produk dikeluarkan.

Menurut beliau, menerusi usaha seperti itu diharap dapat meningkatkan kualiti barangan serta promosi agar produk keluaran penduduk berkenaan laris dipasaran sekali gus meninggikan pendapatan dan ekonomi keluarga.

Malah katanya, lajnah-lajnah ini juga berperanan berdamping dengan masyarakat dalam membantu sebarang keperluan atau keadaan dan  permasalahan yang dihadapi untuk ditangani sewajar dan semampunya.

“Kebajikan masyarakat didahulukan dan dalam apa jua bentuk bantuan akan diberi perhatian dengan kerjasama JSPK akan membantu warga luar bandar yang mana terlepas pandang tentang perkara ini terutama warga emas.

“Diharap sebagai isteri, kaum ibu dan anak bersedia melepaskan diri dari dibelenggu lama yang sulit dan bangkit untuk meningkatkan ekonomi, kekeluargaan dan kemasyarakatan yang kukuh dan kuat,” ujarnya.

Diselitkan juga dalam pertemuan ini berkenaan SkimPAS yang diperkenalkan oleh Syazwani Ashar yang juga sebagai wakil terlatih SkimPAS Pasir Salak menerangkan pelbagai faedah dan kebajikan pencarum. – HARAKAHDAILY 8/9/2020

- Advertisement -