PAS Klebang Selatan cakna kebajikan komuniti

- Advertisement -

TAMBUN: PAS Cawangan Taman Klebang Selatan telah mengadakan program Ziarah Merdeka bagi menyantuni komuniti setempat di Kampung Tersusun Klebang Selatan, di sini pagi ini.

- Advertisement -

Menurut Ketua PAS PAS Klebang Selatan, Ahmad Abd Ghani, program kebajikan ini diusahakan dengan kerjasama PAS Zon Klebang setiap bulan bagi meringankan bebanan keluarga terpilih di kampung ini.

Ironinya menurut beliau, bantuan ini berjaya disalurkan tanpa putus kepada golongan miskin, OKU, orang sakit, warga emas, armalah dan yatim (MOSWAY) hasil sumbangan tetap para dermawan kepada PAS Cawangan .

“Melalui program ini secara tidak langsung PAS Cawangan dapat sentiasa cakna dengan kesusahan penduduk. Ini akan memastikan tiada pihak (yang) tercicir daripada menerima bantuan (yang) selayaknya mereka peroleh.

“Selain menghulurkan barangan keperluan makanan, kita juga dapat mendengar luahan kesusahan hidup yang dikongsi mereka melalui program ziarah ini,” jelas beliau yang juga merupakan Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung (JSPK) Klebang Selatan.

Program ziarah yang bermula jam 8:30 pagi hari ini turut disertai oleh ikon anak muda PAS Manjoi merangkap Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Manjoi, Ustaz Hafez Sabri.

Terdahulu, ketika ditemui Ustaz Hafez menyatakan pihaknya amat berbesar hati dengan usaha dijayakan PAS Cawangan Klebang Selatan kerana komited bersama denyut nadi rakyat dengan mengadakan program kebajikan ini.

“PAS cawangan Klebang Selatan merupakan antara Cawangan (yang) aktif di dalam Zon Klebang ini. Apa yang saya lihat, semangat bekerjasama ahli cawangan dan pimpinan PAS Zon Klebang wajar dicontohi oleh ahli PAS yang lain.

“Inilah keindahan gerak kerja amal jamaie yang dipupuk dalam tarbiyah PAS. Semua pihak bertungkus lumus menjayakan program dan bergerak secara berpasukan,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS kawasan Tambun.

Hadir sama dalam program itu, Ketua PAS Zon Klebang, Ustaz Rosli Azizan dan Ketua Pemuda PAS Klebang Selatan, Wan Muhammad Firdaus Abdullah serta seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Taman Klebang Selatan. – HARAKAHDAILY 31/8/2020

- Advertisement -