PRK Slim: Kejayaan MN dan PN – Presiden PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan calon BN pada PRK DUN N.58 Slim sebagai kejayaan yang amat bermakna terhadap Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

“Menandakan penerimaan rakyat pelbagai kaum di kawasan bandar dan luar bandar. Sekali gus menuntut kita untuk terus mengukuhkan perpaduan dan memberikan khidmat yang terbaik demi kesejahteraan negara dan rakyat.

“Tahniah atas kemenangan berturut-turut yang dicapai dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim pada hari ini,” ujar beliau merujuk terdahulu gabungan itu telah mencapai kemenangan pada PRK DUN N.23 Chini pada 4 Julai lalu.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz meraih majoriti 10, 945 undi setelah menerima 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mendapat 2,115 undi dan Santhara Sekaran Subramaniam memperoleh 276 undi.

Majoriti besar itu diperoleh dari angka keluar mengundi cuma 68.4 peratus daripada 23,094 pengundi keseluruhan, di mana ianya mengatasi keputusan pada PRU14 dengan hanya majoriti 2,183 undi walaupun 81.9 peratus keluar mengundi ketika itu.

Terdahulu pada PRK Chini, calon BN, Mohd Sharim Md Zain menang dengan majoriti 12,650 undi berbanding majoriti 4,622 undi diperolehi calon BN, Allahyarham Dato’ Seri Abu Bakar Harun pada PRU14.

Perkembangan ini dilihat dan diakui banyak pihak disumbangkan oleh keyakinan rakyat kepada politik dibawa Muafakat Nasional dan kemampuan pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – HARAKAHDAILY 29/8/2020

- Advertisement -