Kerajaan PN mesra anak muda – Pemuda IKATAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sangat banyak membantu golongan muda terkesan dengan situasi ekonomi ketika pandemik COVID-19.

- Advertisement -

Ketua Pemuda IKATAN Shahir Adnan berkata dari sudut program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kerajaan memberikan bayaran kepada golongan majikan untuk diberikan kepada pekerja.

“Golongan majikan diberikan sebanyak RM800 untuk setiap pekerja yang bekerja dibawah umur 40 tahun.

“Pada masa yang sama golongan majikan juga diberikan RM1000 untuk diagihkan kepada pekerja yang berumur 40 tahun keatas. Jadi ini bermakna ‘win-win situation‘ yang kita lihat iaitu perniagaan tidak ditutup pada masa yang sama anak-anak muda masih ada pekerjaan,” ujarnya semasa Townhall Anak Muda Muafakat Nasional di Sungkai, Tanjung Malim malam tadi.

Dalam pada itu, katanya, inisiatif kerajaan dari sektor pertanian, kerajaan memberikan bantuan kepada anak-anak muda di taman perumahan yang diambil seramai 10 hingga 20 orang untuk membangunkan tanah yang terbiar dikawasan perumahan bagi melaksanakan aktiviti pertanian.

Mengulas lanjut katanya, ianya dapat membantu anak-anak muda dalam menjana pendapatan daripada hasil pertanian.

“Keberkesanan kerajaan dalam menjana ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pekerja asing yang bekerja di hadkan dan golongan gelandangan diberikan tempat untuk bekerja dan ini memberikan banyak impak kepada anak-anak muda,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/8/2020

- Advertisement -