PAS Bentong semarakkan bulan kemerdekaan

- Advertisement -

BENTONG: PAS Kawasan Bentong telah menyempurnakan pengibaran Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan PAS Bentong 2020 bertempat di dataran Pejabat PAS Bentong di sini malam kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Aktiviti melibatkan para amilin PAS Bentong ini bertujuan menyokong saranan kerajaan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya dan membugarkan rasa kesetiaan pada pertiwi.

Selain itu, ia juga bagi mengenang jasa para pejuang tanah air, menghormati pemimpin terdahulu dan lambang-lambang kemegahan negara serta untuk memupuk keharmonian kaum.

Turut terlibat dalam program ini adalah Yang DiPertua PAS Bentong, Mohd Khairuddin Abdullah di mana aktiviti lain bakal menyusul antaranya konvoi motosikal DUN Ketari, Ambang Merdeka dan ziarah tokoh setempat yang hidup sebelum merdeka.

Khairuddin dalam ulasannya berharap agar program tersebut dapat dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan selain dapat memenuhi objektif digariskan. – HARAKAHDAILY 22/8/2020

- Advertisement -