SRITI Al-Husna Pekan perlukan dana pembangunan

- Advertisement -

PEKAN: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) merupakan institusi pendidikan yang menggabungkan aliran tahfiz dan sains di mana berhasrat melahirkan generasi soleh, pintar, rabbani dan murabbi.

- Advertisement -

Diwujudkan sebagai kesinambungan kepada prasekolah PASTI, penubuhan SRITI Al-Husna pada tahun 2017 bermula dengan hanya 18 pelajar dan empat kakitangan, namun kini sudah mempunyai 107 pelajar dan 18 kakitangan.

Selaras perkembangan pesat dialami itu, SRITI Al-Husna memerlukan tambahan bangunan yang dianggarkan dengan kos RM80,000 untuk pengoperasiannya memenuhi proses pembelajaran dan pengajaran.

Acara pecah tanah tapak pembangunan SRITI Al-Husna telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di Kampung Permatang Pasir pada minggu lalu sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pekan Kali Ke-32.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu dalam ulasannya menyifatkan usaha di bidang pendidikan sebagai sebahagian memperkasakan akidah perjuangan di mana ia adalah agenda yang perlu diperkukuhkan kerana nilai ukhrawinya.

Beliau turut mengajak hadirin menjadi penyumbang awal dalam pembinaan SRITI dan mengambil kesempatan mewakafkan ke atas nama arwah ibu bapa yang telah meninggal dunia.

“Ini adalah peluang terbaik untuk semua mengambil bahagian dalam mencari pahala kerana sumbangan ini adalah untuk sekolah iaitu tempat untuk anak-anak menimba ilmu,” jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Para penyumbang yang demawan ingin menjadikannya sebagai simpanan di akhirat boleh berbuat demikian melalui Maybank SRITI Pekan 556 235 309 511. – HARAKAHDAILY 14/8/2020

- Advertisement -