Persembahan makyong diselit petikan al Quran

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri masih dalam kajian bagi memberi kebenaran pertunjukan kebudayaan tradisional iaitu main puteri yang pernah diharamkan persembahannya di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, kajian terperinci mengenainya dilakukan.

- Advertisement -

“Kajian itu bagi memastikan permainan puteri boleh dilakukan mengikuti dasar kerajaan negeri, Membangun Bersama Islam (MBI).

“Semua pihak akan terlibat dalam usaha ini bagi memastikan permainan yang menjadi salah satu identiti masyarakat Kelantan dapat diteruskan tidak lama lagi terutamanya bagi menarik pelancong,” katanya menjawab soalan Mohd Huzaimy Che Hussin (PAS-Pantai Irama) pada persidangan Dun, hari ini.

Malah katanya sudah memberi kebenaran terhadap persembahan makyong yang diolah mengikut kesesuaian dengan dasar MBI.

Menurutnya juga perkara itu dibincangkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan supaya persembahan makyong mengandungi unsur nasihat kepada penonton selaras dengan syariat.

“Namun asas persembahannya dikekalkan bagi memastikan keaslian keseniannya, sementara dialog pula kita tambah dengan menyelit petikan ayat al-Quran dan Hadis,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -