Tragedi Beirut: MP PAS rakam takziah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) hari ini merakamkan takziah kepada rakyat Lubnan ekoran tragedi letupan bom yang berlaku pagi ini di Beirut, Lubnan.

Hingga ke saat ini angka rasmi korban mencecah 73 nyawa dan lebih 3000 orang cedera.

- Advertisement -

Ucapan takziah tersebut dirakamkan sebelum beliau bangun mengemukakan soalan tambahan kedua semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pagi ini.

“Saya ingin merakamkan takziah kepada mangsa-mangsa letupan bom di Beirut yang mengorbankan lebih 100 nyawa setakat ini,” kata beliau sebelum mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Seri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (GPS – Santubong).

Menurut agensi berita Xinhua, dua letupan besar menggegarkan bandar Beirut menyebabkan sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan 3,000 yang lain cedera.

Letupan tersebut berlaku di Pelabuhan Beirut sekitar 6.10 petang waktu tempatan (1610 GMT), menggegarkan hampir kesemua bangunan di seluruh bandar selain menyebabkan banyak korban nyawa dan kerosakan.

Punca sebenar letupan masih belum diketahui.

Namun Menteri Dalam Negeri Lubnan, Mohammad Fahmi berkata letupan berlaku mungkin disebabkan bahan kimia yang disimpan di pelabuhan berkenaan.

Berikutan insiden itu, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengisytiharkan Rabu sebagai hari berkabung negara.- HARAKAHDAILY 5/8/2020

- Advertisement -