Adakan moratorium yang lebih bersasar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dipohon mengambil pendirian pertengahan berhubung moratorium bayaran balik pinjaman yang bakal ditamatkan 30 September ini, demikian cadang Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok).

Kemukanya, kerajaan diharap dapat mengadakan bentuk moratorium yang lebih bersasar kepada peminjam memerlukan, sekurang-kurangnya sehingga Disember tahun ini.

- Advertisement -

Menurut Nik Abduh, cadangan ini perlu diberi perhatian bersama memandangkan beliau melihat masih ramai rakyat tersepit pasca pandemik Covid-19, terutamanya mereka yang belum mendapat pekerjaan baharu.

“Berdasarkan laporan LAKSANA ke-13, manfaat moratorium kepada institusi kewangan perniagaan dan rakyat masing-masing berjumlah RM13.9 bilion dan RM35.9 bilion.

“Kita sedia maklum bahawa keperluan pelanjutan moratorium ini masih dalam rundingan dan perbincangan oleh pihak Kementerian dan bank.

“Namun saya mengharapkan agar kita dapat mengambil pendirian pertengahan iaitu mengadakan bentuk moratorium yang lebih bersasar sekurang-kurangnya sehingga Disember tahun ini,” cadang beliau ketika berucap membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Untuk rekod, sektor perbankan dijangka menanggung kerugian pengubahsuaian sebanyak RM6.4 bilion sepanjang enam bulan pelaksanaan moratorium yang berakhir September ini.

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bermakna anggaran RM1.06 bilion kerugian ditanggung bank bagi setiap bulan bermula April lalu, mengikut Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 9). – HARAKAHDAILY 27/7/2020

- Advertisement -