Lelaki bersenjata rampas bas bersama 20 tebusan

lelaki
- Advertisement -

KYIV, Ukraine: Seorang lelaki bersenjata merampas sebuah bas dengan 20 penumpang dijadikan tebusan di bandar Lutsk di barat laut Ukraine, lapor agensi berita Sputnik, memetik Jabatan Polis Daerah.

- Advertisement -

“Pagi ini kami menerima maklumat mengatakan seorang lelaki merampas sebuah bas dengan sekitar 20 tebusan di pusat bandar Lutsk, dia mempunyai bahan letupan dan senjata.

“Operasi yang dinamakan ‘Tebusan’ sedang dijalankan di wilayah ini. Pusat bandar ditutup untuk keselamatan rakyat. Semua pasukan polis sedang bertugas di lokasi,” tulis polis di Facebook.

Ketua Jabatan Polis Ukraine untuk wilayah Volyn berkata lelaki berkenaan tidak mengemukakan sebarang tuntutan khusus dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

“Lelaki itu mengemukakan tuntutannya di Twitter. Polis kini memantau jaringan sosialnya. Dia belum mengemukakan tuntutan khusus, hanya secara umum mengenai perasaan tidak puas hatinya terhadap sistem, tetapi tidak menyatakan secara tepat.

“Kami sedang mengkajinya dan masih cuba berunding. Sebelum ini dia menjawab panggilan telefon tetapi sekarang tidak,” kata Yuriy Kroshko di akaun Facebook polis.

Menurut media tempatan, saksi mendengar tembakan di lokasi tersebut. Sebuah bas dengan tingkap yang pecah di parkir berhampiran sebuah teater. – BERNAMA

- Advertisement -