Kelestarian alam sekitar keutamaan KASA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandang serius dan mengambil kira semua perkembangan yang melibatkan kelestarian alam sekitar, perubahan iklim dan pertumbuhan ekonomi hijau.

Demikian tegas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man semasa menjawab soalan secara bertulis kepada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS – Marang) semalam.

- Advertisement -

Jawapan itu berdasarkan pertanyaan lisan Tuan Guru Abdul Hadi yang meminta penjelasan mengenai keputusan kementerian untuk menyemak semula dasar alam sekitar.

Ia termasuk dasar perubahan iklim negara 2009 dan Kajian Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) agar selari dengan perkembangan isu alam sekitar.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menerusi berkata, satu badan kementerian khusus telah diwujudkan bertujuan bagi bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan air.

Dalam pada itu katanya, pihak kementerian juga sedang mengkaji semula semua dasar yang berkaitan dan mengambil kira corak pembangunan terkini.

Bagaimanapun ujarnya, pihak kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar sentiasa melaksanakan usaha-usaha menambah baik prosedur dalam memastikan EIA adalah selari dengan berkembangan isu alam sekitar.- HARAKAHDAILY 15/7/2020

- Advertisement -