Rangka program bendung wabak denggi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan merangka pelbagai program bagi membendung penularan wabak denggi yang dijangka meningkat menjelang musim perayaan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, tindakan lebih agresif perlu dilakukan berikutan peningkatan penyakit itu.

- Advertisement -

Kata beliau, Jabatan Kesihatan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta mengaktifkan mesyuarat serta merangka program di kawasan panas.

“Kita akan cuba laksanakan program kebersihan, hapus tempat pembiakan di kawasan panas khususnya di jajahan Kota Bharu dan Bachok.

“Pada sambutan Hari Raya Haji nanti kita jangka akan meningkat kes denggi, sedangkan ketika Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) kes menurun kerana tiada pergerakan manusia,” katanya selepas mesyuarat kawalan denggi bersama Jabatan Kesihatan Negeri dan semua Ketua Jajahan di Mabna MBI di sini petang semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Abdul Haris Muhammad dan Timbalan Pengarah Kesihatan Vektor Dr Ahmad Syaarani Yasin.

Dr Izani juga berkata, kes denggi di Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 2,226 kes sehingga minggu 28 tahun ini berbanding 2,031 tahun lalu.- HARAKAHDAILY 13/7/2020

- Advertisement -