Hak kerajaan negeri dikembali semula

Wan Roslan Wan Hamat meninjau tapak gelanggang futsal di penempatan Orang Asli di Gua Musang.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 ternyata berjaya mengubah landskap baharu politik negara.

Bermula dari detik itulah PAS dan Umno bertaut kembali selepas berpisah pada 1978, malahan selepas PRU-14 lahir dimensi baharu politik apabila hak-hak kerajaan negeri mulai dikembalikan semula.

- Advertisement -

Antaranya Majlis Sukan Negeri (MSN) sejak 1990 sehingga Mei 2018 diurus kerajaan pusat yang diketuai pemimpin politik.

Anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, setelah kerajaan BN tumbang pada PRU 2018 ruang lingkup politik semakin terbuka.

“Usaha itu tidak dapat dinafikan dirintis Pakatan Harapan. Kerajaan ketika itu mengembalikan tanggungjawab MSN kepada kerajaan negeri.

“Sedangkan sebelum ini berada di bawah kerajaan pusat yang dikendalikan pemimpin politik,” katanya di sini.

Sekarang MSN berada sepenuhnya di bawah kerajaan negeri, malah pengurusannya sekarang diketuai pegawai tadbir negeri dari Kota Darul Naim.

Kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan tahunan kepada MSN bagi tujuan mengurus dan aktiviti pembangunan sukan.

“Program anjuran MSN sekarang dibuka penyertaan kepada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK).

“MSN juga boleh memilih atlet daripada sekolah Yik sedangkan sebelum ini tidak berlaku begitu,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO.

Menurutnya juga Jabatan Belia lebih terbuka dengan kerajaan negeri sekarang.- HARAKAHDAILY 8/7/2020

- Advertisement -