Kenapa LGE diam? – Iszuree

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat begitu nyaring dalam isu membabitkan kes-kes penyelewangan dan rasuah, namun hari ini ternyata sepi diam seribu bahasa.

Malah, ketika bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jefrey Chew Gim Eam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung kes terowong dasar laut juga Guan Eng diam seribu bahasa.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim, Ahli Parlimen Bagan itu sebelum ini begitu lantang mempersoalkan isu membabitkan salah guna kuasa dan rasuah termasuk kes membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), namun setelah Pakatan Harapan tumbang, Guan Eng seolah-olah tahu bahawa beliau dalam bahaya.

- Advertisement -

“Sekarang kita lihat Guan Eng senyap, mana Guan Eng? Dulu dia bercakap tentang integriti, isu Dato’ Seri Najib, 1MDB dan sebagainya, sekarang kenapa dis senyap?

“Bertukarnya kerajaan Perikatan Nasional ini, dia tahu dia dalam bahaya, sebab dulu dia didalam kerajaan Pakatan Harapan, dia mempunyai akses kepada Tommy Thomas, dia mempunyai kuasa-kuasa eksekutif untuk mempengaruhi Peguam Negara untuk menghalang atau menggugurkan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan kepimpinan PH khususnya DAP.

“Hari ini kita lihat, fitnah yang mereka lakukan kepada PAS khususnya dulu, mereka yang terlibat. Maka, sebenarnya Allah membuka aib mereka balik dan kita melihat mereka ini sudang hilang keyakinan dan kepercayaan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi HarakahDaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung siasatan semula SPRM berhubung kes membabitkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Terdahulu, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jefrey Chew Gim Eam yang ini ditahan reman oleh SPRM selama empat hari bagi membantu siasatan membabitkan kes tersebut.

Bagaimanapun, Jefrey Chew dibebaskan dengan jaminan tanpa sebarang syarat semalam dengan jaminan RM100,000.

Iszuree pada masa sama turut berharap agar kerajaan Perikatan Nasional dapat berkhidmat kepada rakyat dengan penuh integriti dan ketelusan.- HARAKAHDAILY 6/7/2020

- Advertisement -