Bakal Pusat Analisis DNA Forensik Zon Timur

LAWATAN ke Jabatan Kimia Terengganu di Wakaf Beruas semalam bersama pegawai saya dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) semalam.

Turut hadir bersama En Nik Kamaruzaman bin Nik Husin, SUB PSTI MOSTI mewakili Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr. Ir. Siti Hamisah binti Tapsir. Tidak lupa juga Ketua Pengarah Kimia Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman.

Lawatan pagi ini telah disambut oleh Pengarah Jabatan Kimia Terengganu, YBrs. En. Mazlan bin Yusof, Timbalan Pengarah YBrs. Pn. Norhaya Binti Jaafar.

Advertisement

Jabatan Kimia Terengganu telah memulakan operasinya sejak tahun 1971 dan terletak di Kg Cerong Lanjut. Sudah semestinya ramai mengenali tempat ini terutamanya bagi mereka yang gemar ‘Nasi Lemak Kimia’. Sekarang, Jabatan Kimia Terengganu telah berpindah ke bangunan yang baharu di Wakaf Beruas.

Jabatan Kimia sebenarnya mempunyai fungsi dan peranan yang sangat penting dalam membantu penyelidikan dan profesional dalam bidang kimia dalam negara kita.

Saya juga difahamkan Jabatan Kimia Terengganu akan dijadikan sebagai Pusat Analisis DNA Forensik Zon Timur dan Pusat Analisis Air Zon Timur.

Saya amat menyokong penuh dan yakin YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin juga turut sama seperti saya menyokong hasrat Jabatan Kimia Terengganu itu.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 6/7/2020