PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi yang ke-16 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441.
Dipanjatkan doa kepada Allah SWT kesejahteraan dan senantiasa dalam keadaan sihat walafiat ke atas Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Begitu juga ke atas KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh Kerabat Diraja.
Alhamdulillah, negara Malaysia aman sejahtera dibawah kebijaksanaan dan keprihatinan Tuanku.
Semoga Allah SWT memimpin Tuanku dengan taufik dan hidayahNya diatas singgahsana sebagai Ketua Negara yang menjadi lambang kedaulatan Islam dan perpaduan masyarakat majmuk.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.
‘Islam Memimpin Perpaduan’
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)- HARAKAHDAILY 8/6/2020