1GB internet percuma untuk pendidikan hingga 31 Dis

internet
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte (GB) secara percuma bagi tujuan pendidikan sehingga 31 Disember ini.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, insentif tersebut boleh digunakan bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.

- Advertisement -

Sementera itu, rakyat juga akan diberi kemudahan untuk mengakses secara percuma tanpa had ke dalam laman web kerajaan serta aplikasi berkaitan COVID-19 yang disediakan kerajaan, khususnya MySejahtera.

“Dengan norma baharu, adalah penting untuk kita memastikan kelangsungan kehidupan harian terutamanya dalam aspek pekerjaan dan juga pendidikan untuk anak-anak.

“Justeru, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana) di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin memperkenalkan Penjana yang menawarkan 40 insentif kepada rakyat dengan kos RM35 bilion. – HARAKAHDAILY 5/6/2020

- Advertisement -