Aidilfitri alaf baharu dan nasihat YDPA

- Advertisement -

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Nisaa’ ayat 1 bermaksud, “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya -zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

1 Syawal 1441 Hijrah bersamaan 24 Mei 2020 ini, umat Islam di seluruh dunia khususnya di tanahairku Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun, sambutan raya tahun ini amat berbeza dari normal kebiasaan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Raya kita tahun ini masih dalam tempoh edah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dimeterai sejak 18 Mac lalu, dan kini beransur ‘longgar’ dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disambung hingga Jun 2020 ini.

- Advertisement -

Semua itu angkara sejenis wabak yang dinamakan ‘coronavirus’ atau panggilan manjanya Covid-19, yang lahir dari sebuah Wilayah Wuhan di negara China pada akhir tahun 2019 lalu. Punca pandemik itu diberitakan kerana sikap pengotor dan ‘gila-gila’ masyarakat yang tidak bertamadun kerana melayan hawa nafsu makannya.

Akhirnya, seluruh dunia dijangkiti wabak Covid-19 yang tidak nampak dimata tetapi cukup merbahaya di abad ini. Hampir lima juta masyarakat dunia dari 188 buah negara telah dijangkiti Covid-19, dengan jumlah mangsa kematian mencecah 323,723 orang sehingga 20 Mei lalu.

Walaupun kelonggaran (PKPB) diberi kepada rakyat di negara ini untuk menyambut Aidilfitri, tetapi mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah aturan PKPB tersebut. Ini termasuk boleh menerima tetamu tidak lebih 20 orang sehari dan tidak boleh merentas negeri tanpa kebenaran khas.

Jika rakyat dan kita semua didapati gagal untuk mematuhi syarat-syarat SOP itu. Maka, dalam masa sama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), akan membuat pemeriksaan di kawasan perumahan pada hari raya ini.

Maka, sambutan hari raya tahun ini kita terpaksa mengamalkan normal baharu demi memutuskan rantaian jangkitan wabak tersebut. Tiada lagi kebabasan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau secara berjemaah. Tiada lagi tradisi kunjung-mengunjung antara sanak saudara dan jiran tetangga secara bebas. Malah, tiada lagi adap bersalaman dan peluk-memeluk antara satu sama lain untuk mengikat silaturrahim.

Nasihat YDPA

Cuma yang masih kekal dan terus berlaku tanpa mengambil sikap mematuhi PKP atau PKPB adalah sikap orang politik pembangkang di negara ini. Dendam kesumat yang tiada kesudahan itu terus ‘membara’ dan tidak padam dengan kemunculan Covid-19.

Cuba kita semua renung dan lihat peristiwa Persidangan Parlimen Malaysia pada 18 Mei lalu. Sidang Penggal Ketiga Parlimen ke-14 itu telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berlangsung sehari hanya mendengar Titah Diraja.

Pesan Tuanku Al-Sultan Abdullah, “Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat masih berdepan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat pandemik Covid-19.

“Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik. Ini termasuk menjiwai keluh-kesah rakyat, membela nasib rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik yang bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa mahupun kedaulatan serta kedudukan Raja-raja Melayu.

“Kerana itulah kerajaan beta juga telah memutuskan majlis mesyuarat pertama (sidang parlimen) hanya mempunyai satu urusan iaitu titah beta sempena Pembukaan Penggal Parlimen yang baharu ini,”, Titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Malah, baginda YDPA sebenarnya merasa amat kecewa apabila Tun Mahathir meletak jawatannya sebagai PM. Namun, terpaksa akur dengan keputusan Tun itu. Oleh demikian, YDPA bertanggungjawab melantik seorang Perdana Menteri baharu seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan Perkara 43.

Setelah sesi temuduga dan akujanji ketua-ketua parti dan ahli parlimen kepada YDPA. Maka, keputusan adalah ditangan baginda YDPA. Ini bermakna, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan layak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Namun, kelompok pembangkang dari bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak berpuas hati dengan melakukan pelbagai kenyataan berbentuk provokasi, hasutan dan kecaman di luar batas-batas normal.

Ada usaha pembangkang terutama dari mantan PM ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap PM ke-8, Tan Sri Muhyiddin. Usul berkenaan mendapat perhatian apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sendiri menerima usul AhliParlimen Langkawi, Tun Mahathir.

Walau bagaimanapun, rancangan usul itu tidak menjadi kenyataan kali ini kerana Sidang Parlimen itu hanya mempunyai urusan titah ucapan YDPA sahaja. Maka, sudah pastinya ahli-ahli Yang Berhormat bekas kerajaan 22 bulan lalu tidak berpuas hati.

Tindakan paling biadap dan tidak bertanggungjawab ‘Yb-Yb PH’ amat mendukacitakan rakyat dan lebih 30 laoran polis dibuat terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar Arulanandam. Beliau juga merupakan salah seorang pemimpin PH peringkat tinggi iaitu Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR).

Dr Xavier ketika berucap dalam bahasa Inggeris dengan jelas ‘berniat’ menghina Yang di-Pertuan Agong selepas majlis pembukaan Sidang Parlimen 18 Mei lalu. Antara kata-kata beliau itu, ‘This Parliament will be rubbish (sampah)’ dan ‘This Parliement sitting is worthless (tidak berguna)’, dan daripada tutur perkataannya itu cuba menghasut rakyat secara halus untuk menderhaka dan menentang kepada Yang di-Pertuan Agong, selaku pemerintah tertinggi negara Malaysia.

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD – HARAKAHDAILY 22/5/2020

- Advertisement -