PKB bantu pelanggan pajak gadai Ar Rahn

- Advertisement -

KOTA BHARU: Anak syarikat kerajaan negeri yang mengendalikan sistem pajak gadai Islam (Ar Rahn), Permodalan Kelantan Berhad (PKB) membantu pelanggan yang terdiri daripada golongan B40.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
(PKINK) Ab Aziz Yunus berkata, pihaknya memperuntukkan lebih RM50,000 sebagai sumbangan kepada pelanggan.

Katanya, PKB ada senarai penerima yang sudah dikenalpasti cawangan-cawangan Ar Rahn.

“Walaupun dia bukan pelanggan biasa tetapi mereka pernah berurusan dengan Ar Rahn, mereka juga layak terima.

“Selain program infak sumbangan kepada mereka yang memerlukan,
penghargaan kepada pelanggan yang memberi sokongan kepada sistem
gadaian Islam,” katanya selepas melancarkan sumbangan Ramadan PKB kepada asnaf sempena Ramadan di Kelantan Trade Center hari ini. – HARAKAHDAILY 11/5/2020

- Advertisement -