1,000 pelajar UMK berada di kampus lebih sebulan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Operasi penghantaran pulang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melibatkan destinasi Pahang, Terengganu dan Kelantan berjalan lancar.

Proses penghantaran itu melibatkan 128 pelajar UMK termasuk 11 pelajar bukan UMK yang berada di Zon Timur bermula jam 9 malam semalam.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata, jumlah tersebut sebahagian daripada 1,000 pelajar UMK yang berada lebih 40 hari di kampus UMK sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Katanya, proses penghantaran pelajar mematuhi setiap prosedur SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pusat Kesihatan UMK turut melakukan pemeriksaan suhu badan atau saringan kesihatan untuk memastikan pelajar pulang dengan selamat,” katanya di sini semalam.

Selain itu proses sanitasi bagasi yang dibawa pelajar turut dilakukan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan sebelum bas membawa pelajar bertolak ke destinasi.

Proses penghantaran pelajar pulang peringkat UMK melibatkan tujuh zon iaitu zon timur (30 April), zon tengah (2 Mei), zon utara (3 Mei), zon selatan (6 Mei) dan zon Perak (10 Mei).

“Allhamdullilah pihak kami mengambil langkah-langkah awal demi keselamatan proses semasa dan selepas sesi penghantaran pelajar,” katanya.- HARAKAHDAILY 1/5/2020

- Advertisement -