Muslimat PAS lapor polis fitnah pemimpin PAN

- Advertisement -

BATU: Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) telah membuat laporan polis berkaitan hantaran status pemilik akaun Facebook bernama Ab Shukur Azhar di Balai Polis Sentul di sini, hari ini.

- Advertisement -

Menurut Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, hantaran status pemimpin PAN tersebut secara terbuka menyamakan logo PAS dengan logo syarikat arak Heineken.

“Hantaran tersebut jelas berbaur fitnah serta dengan niat menghasut dan mengelirukan pembaca. Ini mendatangkan kemarahan penyokong-penyokong PAS khasnya dan orang Islam umumnya.

“Ini kerana menyamakan sebuah parti yang mendokong Islam dengan syarikat arak yang jelas haram di sisi Islam,” ujar beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Malaysia.

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan turut menggesa agar pihak polis mengambil tindakan tegas berasaskan undang-undang terhadap hasutan dan fitnah yang telah dibuat oleh individu ini.

Turut hadir membuat laporan polis ialah Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Syarifah Rashida Sayed Idrus. – HARAKAHDAILY 8/4/2020

- Advertisement -