PRIHATIN: Agihan bantuan perlu sistematik

- Advertisement -

BANYAK bentuk bantuan yang bermatlamat untuk lindungi rakyat dilaksanakan melalui PRIHATIN.

- Advertisement -

 Namun begitu, saya mengharapkan peruntukan tersebut dilaksanakan dengan lebih sistematik dan tersusun agar semua golongan tidak tercicir daripada menerima manfaat tersebut.

Hakikatnya, pengumuman tersebut benar-benar membuktikan Kerajaan begitu prihatin dalam menyelesaikan masalah rakyat yang terpaksa berhadapan penularan wabak COVID-19 yang kritikal beserta pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membantutkan semua aktiviti.

Pada masa yang sama, suka untuk saya mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak sewenang-wenang mendedahkan maklumat peribadi atau mudah mempercayai mana-mana laman web yang mencurigakan tanpa membuat pemeriksaan terlebih dahulu.  

Perkara ini bagi mengelakkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas  bantuan yang diumumkan Kerajaan. 

Akhir sekali, besar harapan saya sekiranya pakej PRIHATIN ini dapat melahirkan rakyat yang lebih bersyukur dan mematuhi peraturan sepanjang PKP tanpa memudaratkan orang lain. 

 “Islam Memimpin Perpaduan” 
YB CHE ALIAS HAMIDAhli Parlimen Kemaman- HARAKAHDAILY 28/3/2020

- Advertisement -