PAKEJ Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin petang tadi disambut baik oleh rakyat.
Pengumuman ini meringankan beban kewangan untuk perbelanjaan keperluan harian rakyat yang rata-ratanya terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat negara sedang berdepan krisis pandemik Covid-19.
Manfaat yang diterima adalah dalam bentuk bantuan kewangan yang disalurkan kepada setiap golongan rakyat dan akan diagihkan mulai April sehingga September depan.
Walau bagaimanapun, Harakahdaily menasihatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan panggilan ‘scammer‘ yang mungkin akan mengambil kesempatan dalam keadaan hari ini.
Jangan mudah berkongsi atau memberi nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, alamat rumah, dan nombor tac kepada mana-mana panggilan yang tidak dikenali.
Pesanan ini ikhlas daripada Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 27/3/2020