Malaysia bagai diserang garuda

- Advertisement -

DARI ranjang wad hospital UIAM saya berulang kali mendengar klip video seruan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar orang ramai duduk sahaja di rumah bersama anak dan keluarga masing-masing. Jangan kemana-mana hinggalah datang perintah kurantin ditarik balik mungkin hujung Mac ini.

- Advertisement -

Lepas itu datang pula amaran Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika orang ramai bekeliaran juga di lapangan, tentera mungkin digunakan.

Lebih 60 tahun tentera sudah tidak digunakan. Dahulu mereka diturunkan untuk memburu komunis, lepas komunis ranap tentera siap siaga di berek, kecuali dikerah sekejap semasa perintah berkurung 13 Mei 69.

Petang amaran Ismail Sabri saya discaj awal dari wad, sebelum makan. Jika ada makan pun saya memilih makan di luar kerana makanan hospital di mana-mana pun tawar..

Biasanya lalu di lebuhraya Kuantan-KL kita suka lapar, supaya selesa singgah di mana-mana menjamu selera di R&R sepanjang empat jam perjalanan itu. Macam-macam masakan terutamanya masak tempoyak patin istimewa jamuan Pahang.

Keluar dari hospital sepanjang jalan Indera Mahkota, tidak banyak motokar di jalan, semua kedai dan gerai tutup. Baguslah bagi umat Islam masa Maghrib begitu, menutup kegiatan hidup, tidak berkeliaran dan melepak demi memenuhi masjid dan surau.

Memandu pun senang. Seolah-olah kenderaan saya berada di jalan. Tidak mahu berhenti trafik merah pun tidak mengapa, tiada motorkar dari kanan dan kiri.

Ini adalah suasana di seluruh negara selepas Muhyiddin dan Ismail Sabri mengeluarkan amaran. Amannya Malaysia. Indahkan Malaysia juga rakyatnya memilih berada di rumah malam bersama keluarga. Jika orang tidak keluar dan bergiat malam bagi membangunkan ekonomi macam sejak merdeka dahulu, Malaysia dan rakyat tidak jadi negara dan rakyat maju juga.

Ekonominya macam ulu Afrika juga. Larangan keluar rumah mungkin hendak memperkenalkan bagaimana indahnya sanak sekeluarga bergaul bersama-sama suatu yang tidak pernah berlaku pada masyarakat kita.

Siang dan malam yang sunyi itu bagai negara diserang garuda. Zaman purba orang duduk di rumah takut diserang garuda. Siapa berkeliaran dilapangan nanti disambar garuda, sama seperti ayam itik bila-bila masa boleh disambar helang.

Sekarang garuda pun tidak ada, kenderaan dan sekatan polis pun tidak ada. Sekalipun garuda dan polis tidak berkeliaran, tetapi di ruang udara penuh dengan kuman Covid 19 yang boleh menghinggapi sesiapa. Bila ia menghinggapi, alamat payahlah menerus hidup. Covid 19 tidak masuk rumah sendiri. Ia masuk melalui orang lain. Jika orang duduk di rumah masing-masing, tidak bersentuhan dengan orang yang positif, selamatlah masing-masing.

Covid tidak nampak tetapi dia nampak kita, macam kita tidak nampak iblis tetapi iblis nampak kita. Covid adalah satu makhluk ghaib yang baharu diketahui. Ia satu ujian untuk orang beriman dan manusia umumnya. Ia memangsai sesiapa yang Allah kehendaki, ia menyelamkan sesiapa yang Allah kehendaki.

Saya keluar wad belum makan malam. Mahu makan dalam perjalanan. Kerana Covid-19 mengambil tempat garuda, polis keluarkan undang-undang semua jangan keluar rumah. Ada yang takutkan undang-undang dan ada yang takut makhluk ghaib yang memudahkan kematian. Serangan garuda baharu itu saya lapar sepanjang perjalanan.

Kalau polis tidak kuat kuasakan undang-undang mungkin 30 juta rakyat Malaysia habis dalam beberapa hari.

- Advertisement -