PH tak layak ajar Muhyiddin tentang integriti

- Advertisement -

SEKALIAN rakyat berhak mengingatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan baharu pimpinannya agar menjauhkan segala gejala tidak bersih dan tidak berintegriti seperti tidak melibatkan orang yang didakwa di mahkamah dari kabinetnya dan menggugurkan kenamaan yang didakwa dari didakwa.

- Advertisement -

Tetapi diantara rakyat itu pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan, yang sudah lagi tidak memerintah dan bercadang hendak memerintah semula, tidak layak mengingatkan PM Muhyiddin berhubung dengan anasir yang dikatakan merompak negara.

Para pemimpin PH dari sebesar Tun Mahathir, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan sederhana Lim Chin Tong serta sekalian konco DAPnya tidak selayak sekecil mana untuk mengingatkan tentang integriti.

Semasa mereka berkuasa 21 bulan lalu, mereka menjadi tok pawang memecah timba. Sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri semula, telah sedia di mahkamah dan lengkap dengan saksi sekali kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang atas isu pembelian banglo. Dan ada lagi kes terowong bawah laut yang diwarwarkan.

Kes banglo belum diputus mahkamah, tetapi Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah pun menyediakan gantinya jika kesnya disabitkan.

Bila Pakatan Harapan membentuk kerajaan PM Mahathir lupakan Menteri Kewangannya, Guan Eng ada kes yang belum selesai. Kit Siang yang sejak berpolitik berterusan membangkitkan bedebah rasuah tidak dikenakan tindakan, senyap sepi tentang pelantikan anaknya yang didakwa rasuah dijadikan menteri kewangan.

DAP terkenal dengan jolokan anti rasuah alang kepalang. Riuh sedunia tentang rasuah dan rompakan harta kerajaan. Tidak pernah DAP mentakwil PH bermenteri kewangan seorang yang didakwa di mahkamah.

Anwar Ibrahim tumpang semangkuk atas rasuah itu. Bila jadi Timbalan Perdana Menteri di bawah PM Mahathir, dia dijadikan pengerusi kabinet anti rasuah dan penyelewangan. Memang dikenal di seluruh dunia dia musuh utama rasuah.

Sekalipun dia dipenjara semasa Mahathir mengangkat orang yang didakwa menjadi menteri kewangan, dia ada kebel tahu orang didakwa di luar penjara dijadikan menteri. Apa tidak dibantah, sedang dia tidak pernah sunyi dari membantah Muhyiddin agar beringat kes benar Najib dan Zahid Hamidi yang menjadi anggota Parlimen Umno yang membantu Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Anwar selama21 bulan enggan jadi anggota kerajaan, tetapi ia justeru tidak mahu ada dua nakhoda sebuah kapal, bukan tidak mahu sekongkol dengan kerajaan PH yang ada menteri dibabitkan rasuah.

Sekarang riuh seantero, PM Muhyiddin mendapat pertolongan para MP yang berulang alik ke mahkamah menumbangkan kerajaan PH yang didakwa super suci bersih. Muhyiddin mungkin ada kelemahan justeru dikelilingi orang bermasalah.

Tetapi Muhyiddin sudah diingatkan tentang intergriti oleh orang-orang yang tidak berintegriti yang mendiamkan kes Guan Eng.

Amaran dari yang tiada integriti membantu Muhyiddin menjauhkan orang-orang yang tidak disukai itu. Muhyiddin wajar belajar dari pimpinan PH yang tidak berintegriti.

Jangan jadi macam tiga serangkai kenaan PH yang mendiamkan kes Guan Eng. Jika Muhyiddin tidak peka, maka samalah dia dengan tiga serangkai itu – ditakwil integritinya.

Muhyiddin juga dahulu pembesar PH juga. Tetapi sebagaimana dia membebaskan diri Najib, dia juga membebaskan diri dari pimpinan PH yang jadi tok pawang memecah timba. Mereka tiada kelayakan mengingatkan Muhyiddin tentang integrit/bersih.
Cukup teruk kita dibawah PH 21 bulan lalu. Jangan biarkan tiga serangkai kembali berkuasa!

- Advertisement -