Biar pelancongan mati, jangan kita mati gelimpangan

- Advertisement -

BALA pembunuh utama lebih sebulan ini ditukar nama dari koronavirus kepada Covid-19. Tukar nama itu tidak menjadikan ia kurang mengancam. Ia masih boleh sekian yang sihat dan segar bugar mati serta merta.

- Advertisement -

Sekalipun yang positif jangkit Covid-19 lebih ramai berjaya dapat dipulih rawat, tetapi kematian di wilayah asal kuman itu tercetus – Wuhan – sudah mengorbankan lebih seribu dari hampir 10 ribu jangkitan seluruh dunia.

Malaysia sudah pun terancam, masih kurang dari 20 orang yang terkena. Tidak pasti adakah yang mati. Ia dibawa oleh orang yang pulang dari luar – Singapura, yang dibawa balik dari Wuhan dan pelancong China yang ke sini.

Nasib baik setakat ini pasukan perubatan kita dapat mengawal. Termasuk membekukan pengeluaran visa dari China.

Jangan fikir kurang 20 positif itu sedikit. Kuman itu boleh menyelinap kepada siapa sahaja. Bila-bila masa wabak itu terlepas dari kawalan.

Gara-garanya menjadi malapetaka kepada industri pelancongan kita. Ribuan tempahan hotel dibatal dan terpaksa dipulangkan deposit. Rudum itu menyebabkan kita kerugian puluhan juta.

Malah boleh membunuh industri pelancongan yang sebelumnya memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Amat malang kita atas landaan Covid itu. Semuanya kasihan atas musnah pelancongan. Kasihan kepada negara dan lebih kasihan kepada mereka yang hidup mewah atas pelancongan.

Jika perniagaan mereka mati dan mereka jadi miskin kerananya, mungkin ia lebih baik dari bergelimpangan rakyat mati di sana sini kerananya.

Pelancongan itu bukan satu-satunya sumber rezeki dan kehidupan manusia. Ada bermacam-macam sumber pencarian dan pendapatan. Orang yang tahu berniaga tidak akan mati dengan serangan Covid-19 itu. Mereka boleh menukar kepada mata pencarian lain.

Sahabat Nabi yang kaya raya dan sudagar besar di Mekah, Abdul RAhman tidak dibenarkan membawa kekayaannya hijrah ke Madinah.
Beliau memilih meninggalkan Mekah sehelai sepinggang. Baginya hijrah lebih mulia dari harta kekayaan.

Di Madinah sahabat-sahabat Ansar berdahuluan kemudian untuk memberinya modal bagi memulakan kehidupan dan perniagan. Beliau menolak semua tawaran itu. Yang dimintanya ialah tunjukan kepadanya pasar.

Dengan bermodalkan pengalaman dan ilmu kemahiran berniaga, beliau segara kembali jadi peniaga kaya semula.

Mungkin pemaju pelancongan jadi papa kedana gara-gara landaan Covid-19. Tetapi yang mati perusahaannya, mereka tidak hidup dan boleh mencari rezeki dari sumber lain.

Betul mereka malang dan perusahaannya mati, tetapi rakyat tidak mati bergelimpangan di jalan-jalan dan di mana-mana.

Ejen pembunuh itu tidak belas kesian atas mangsanya. Dunia masih bernasib baik kerana dalam sebulan ini baru mencecah seribu kematian. Ia boleh membunuh lebih ramai dalam waktu singkat.

Melihatkan cepatnya kuman menyerang saraf dan darah, maka jutaan boleh jadi mangsa.

Kemajuan perubatan dunia dapat mengawal dari mati yang banyak. Yang terjejas banyak industri pelancongan. Tetapi musnahnya lebih ringan dari mati bergelimpangan. Mencegah manusia mati lebih utama dari mencegah sumber ekonomi mati.

- Advertisement -