PAS Simpang Renggam agih sumbangan pasca banjir

- Advertisement -

SIMPANG RENGGAM: Sebanyak 20 keluarga mangsa banjir telah dikunjungi dan diserahkan sumbangan pasca banjir daripada PAS Kawasan Simpang Renggam, kelmarin.

- Advertisement -

Misi diketuai Timbalan Yang DiPertua dan Penolong Setiausaha PAS Simpang Renggam, Jubri Selamat dan Ahmad Aziz dan Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Baru, Jaafar Abdullah.

“Sumbangan ini adalah daripada orang ramai khususnya Khidmat Malaysia. Juga disumbangkan daripada negeri-negeri termasuk Perak, Selangor juga tempat-tempat yang lain,” ujar beliau.

Jubri yang juga merupakan Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor hadir bersama petugas Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Perak.

Menurut Jubri lagi, sumbangan diserah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ketua kampung, manakala kerja pembersihan telah pun dimulakan lebih awal.

Antara lokasi agihan dalam misi pada petang semalam ialah Kampung Tengah Renggam dan Kampung Baru.

Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan ini telah ditutup dan keadaan cuaca kini kelihatan semakin baik. – HARAKAHDAILY 27/12/2019

- Advertisement -