Sejarah pertembungan idealogi

- Advertisement -

PENYEMBAHAN dewa VS falsafah

(1)     Sebelum ini saya ada menulis mengenai sejarah awal falsafah. Yang bersusur galur dari zaman awal Falsafah Yunani, dan bersambung kepada Herminitis Tris.

Sebahagian sejarawan mengatakan Herminitis itu adalah Nabi Idris A.S. Yang pastinya, ia bermula daripada Allah S.W.T yang mengurniakan akal.

Akal diberikan kepada manusia untuk berfikir. Namun, ramai juga yang menjadi binatang. Tidak mahu berfikir, hanya utamakan nafsu dan keinginan.

(2)     Falsafah Yunani bermula dengan 7 orang tokoh cendekiawan, antaranya Thales Of Miletus (624-548 SM). Dikatakan beliau pernah belajar dari Tamadun Mesir Kuno.

Di zaman awal Falsafah Yunani sudah wujudnya sekolah pemikiran, iaitu Milesian School yang dipimpin oleh Thales, Anaximander, dan Anaximenes.

(3)     Sekolah pemikiran ini dilihat bertentangan dengan ajaran adat resam Yunani ketika itu. Secara silsilahnya, anak murid Thales Multi antaranya Xenophanes (570-475 SM).

Anak murid Xenophanes pula antaranya Permenides (515-450 SM). Selain Xenophanes, Permenides juga belajar dari Pythagoras (570-495 SM) yang dikenali hingga ke hari ini.

Anak Murid Permenides ialah Anaxagoras (510-428 SM) yang juga dilahirkan dari Milesian School. Socrates (470-399 SM) boleh dikatakan ‘mujaddid’ bagi Falsafah Yunani.

Socrates VS Protagoras (Sophisme)

(1)     Socrates dikatakan mula mencetuskan perbincangan-perbincangan lebih berat dan berjaya mencetuskan fenomena baru penentangan terhadap penyembahan dewa

Perbincangan berat tersebut mencetuskan teori-teori pemikiran, khususnya di kalangan anak muda zaman itu. Golongan-golongan tua majoritinya kekal dengan ‘style lama’.

a-     Iaitu bersikap konservatif dan menolak sebarang pembaharuan yang dikemukakan oleh Socrates. Golongan tua masih lagi percaya dengan penyembahan dewa dewa.

b-     Pemikiran yang dikemukakan oleh Socrates akhirnya menyebabkan ajaran penyembahan dewa tidak lagi diikuti oleh anak-anak muda. Lantas Socrates dicop murtad, dan dijatuhkan hukuman mati.

(2)     Perjuangan Socrates diteruskan oleh anak-anak muridnya, antaranya Plato, seterusnya Aristotle. Masing-masing berhadapan dengan kerencaman setiap zaman.

Selain daripada penyembahan dewa-dewa yang dilihat tahyul, ada juga golongan Sophisme yang ‘berhujah tanpa hujah’, sehinggalah lahirnya ilmu perdebatan.

(3)     Sophisme dikatakan bermula dengan corak pemikiran Protagoras (490-420 SM) yang merupakan seperguruan dengan Socrates. Mereka bersama-sama belajar dari Anaxagoras.

Selain Socrates yang dijatuhkan hukuman mati, diceritakan bahawa Protagoras juga melarikan diri dan membakar segala manuskripnya.

Epikuranism VS Stoicism

(1)     Selepas era pertembungan antara aliran Socrates dan Protagoras, munculnya sekolah-sekolah aliran pemikiran seperti Epikuranism dan Stoicism yang ada betulnya, dan ada celarunya.

a-     Epikuranism diasaskan oleh Epicurus (341-270 SM). Walaupun pada mulanya agak popular, namun akhirnya semakin berkubur disebabkan persaingan dengan Sekolah Stoicism.

b-     Stoicism diasaskan oleh Zeno Of Citium (334-262 SM) yang lebih popular berbanding Epikuranism. Epikuranism membawa pendekataan mengecapi kebahagian dengan cara kepuasan (Hedonism).

Manakala Stoicism membawa idea ketenangan fikiran secara nature. Di sinilah bermulanya era Helenistik bagi Empayar Ketamadunan Yunani.

(2)     Helenistik digariskan bermula setelah kematian Alexender Macedonia (356-323 SM) dalam usia yang muda, dan berakhir pada 31 SM dalam peperangan Actium [Gambar].

Ia dianggap sebagai perang terakhir bagi Kerajaan Roman. Perang Saudara tersebut bertembung antara Roman Republic VS Ptolemaic Egypt.

(3)     Era Helenistik (323-31 SM) ini boleh dianggap sebagai zaman keemasan Empayar Yunani mencapai tahap terhebat dan berpengaruh.

Boleh dikatakan sekolah-sekolah pemikiran era tersebut semakin subur dan berkembang di seluruh dunia. Membawa idealogi dan pemikiran masing-masing.

School of thought

Sekolah falsafah Hellenistik yang paling terkenal di zaman itu ialah, ialah:

a-     Cyrenaicism:     Diasaskan oleh Aristippus (435-356 SM) dari Cyrene, yang merupakan anak murid Socrates. Falsafahnya ialah menekankan aspek keseronokan hampir sama manhajnya dengan Epikuranism

b-     Pyrrhonism:     Diasaskan oleh Pyrrho Of Elis (360-270 SM). Sekolah ini lebih memfokuskan kepada method menentang dogmatism (taqlid).

c-     Academic Skepticism:     Diasaskan oleh Arcesilaus (316-241 SM) yang mewarisi method Platonism iaitu mengemukakan konsep objek abstrak.

d-     Sinisisme:     Diasaskan oleh Antisthenes (445-365 SM) yang merupakan anak murid Socrates. Meletakkan kepentingan kebajikan, membebaskan diri dari kekayaan dan berkehidupan biasa.

e-     Epikureanism:     Digagaskan oleh Epicurus dari Greece dan antara jaguhnya ialah Lucretius (99-45 SM) dari Roman, yang telah diceritakan tadi berkaitan dengan kepuasan.

f-     Stoicism:     Diasaskan Zeno dari Citium. Antara jaguhnya seperti Cleanthes, Chrysippus dan Crates Mallus yang membawa Stoicism ke Rom pada 170 SM. Di Roman, jaguhnya ialah Panaetius, Posidonius, Seneca, Epictetus dan Marcus Aurelius.

d-     Neoplatonisme:     Diasaskan oleh Plotinus dari Mesir (204-270 SM), Ammonius Saccas, Porphyry dari Syria, Zethos dari Arab, Lamblichus dari Syria dan Proclus. Membawa idea ‘monistik’ dan lain-lain.

Apa yang nak diceritakan di sini bahawa pemikiran di era Yunani sahaja sudah terlalu banyak untuk dikaji. Pemikiran-pemikiran ini ada yang diambil oleh Barat dan diolah menjadi pemikiran moden.

Selepas Era Yunani

(1)     Aliran-aliran yang disekolahkan tadi, ada yang bertembung antara satu sama lain, ada yang bersaing dan sebagainya. Ada yang memberi kesan kepada Falsafah Kristian.

Ada juga pemikiran yang memberi kesan kepada Falsafah Zaman Pertengahan dan Falsafah Islam di era Khilafah Abbasiah. Aliran itu semakin besar dan berselirat.

(2)     Di zaman pertengahan menyaksikan bagaimana falsafah itu diimport dari Baghdad, masuk ke dalam dunia Barat yang terkongkong dengan gereja.

Era tersebut berlakunya pertembungan antara gereja yang memegang kuasa politik, dan falsafah yang dibawa oleh cendekiawan-cendekiawan Barat.

(3)     Hasil pertembungan ini mengundang kepada Reinassance di Eropah. Hasil Reiassance ini menyaksikan munculnya pemikiran-pemikiran moden seperti Kapitalism.

a-     Pemikiran ini diasaskan oleh Adam Smith (1723-1790) dan mendapat tentangan oleh Karl Marx (1818-1883) selepas itu. Pertembungan idealogi ini berterusan hingga munculnya sengketa antarabangsa.

Iaitu antara Amerika dan Soviet yang bersengketa dalam Perang Dingin (1947-1991) yang menyebabkan kematian jutaan manusia 

b-     Sekularism yang mula digunakan istilahnya oleh George Jacob Holyoake (1817-1906) yang bertembung dengan sistem gereja. Persekitaran beliau telah pun subur dengan penentangan terhadap Kristian Katholik yang dipelopori oleh Martin Luther.

Pertembungan moden

(1)     Zaman awal Falsafah membahagikan perbahasan kepada empat, iaitu Epistemologi, Aksiologi, Ontologi dan Logik. Namun pada hari ini jauh lebih kembang.

(2)     Selain pertembungan antara Kapitalism dan Sosialism, hakikatnya ada lagi pertembungan yang perlu diperhatikan. Antaranya empat aliran utama.

Iaitu Idealism, Realism, Pragmatism, dan Existentialism. Keempat-empat ini hakikatnya bersusur galur juga daripada dimensi falsafah sebelum ini.

(3)     Idealism dan Realism merupakan falsafah tradisional dan dilihat bertembung sejak dahulu. Manakala Pragmatism dan Existentialism pula merupakan falsafah moden.

Perbezaan antara Falsafah Tradisional dan Falsafah Moden ialah;

a-     Falsafah Tradisional:     Matlamat telah pun ditentukan dan ditetapkan, manakala manusia hanya diberi ruang untuk memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat tersebut.

b-     Falsafah Moden:     Manusia berhak menentukan matlamat hidupnya dan berhak memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat tersebut.

Pragmatism dan Existentialism dilihat muncul selepas Perang Dunia Pertama;

a-     Antara yang berangkaian dengan Pragmatism ialah Eksperimentalism, Fungsionalism, Empirisism dan Instrumentalisme.

b-     Manakala rangkaian Existentialism ialah Materialism dan Naturalism

Sejarah, rangkaian dan perbahasan ini menjadi muqaddimah kepada memahami agenda serangan pemikiran moden pada hari ini. Umat perlu memahaminya sebagai persediaan dalam ‘ideology war’.HARAKAHDAILY 17/12/2019

- Advertisement -
- Advertisement -