Sambutan Ulang Tahun PAS Ke 68 Peringkat N Sembilan

    - Advertisement -

    SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan telah menyusun pengisian Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-68 di Kompleks PAS Negeri Sembilan  (KOMPAS) Taman Jiboi, di sini dari 29 November hingga 1 Disember nanti.

    - Advertisement -

    Ceramah Umum dan Pelancaran Jentera PRU15 akan menjadi acara pembukaan anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Sembilan di mana akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mahmuda Aliman, ianya langkah awal dalam mempersiapkan pasukan jentera PRU15 kepada semua peringkat pimpinan PAS Negeri Sembilan.

    Seterusnya, pada 30 November, Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan akan mengadakan program Jelajah Munaqasyah Ucaptama Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Malaysia (JELAS 3.0) sebelah pagi.

    JELAS bertujuan memberi kefahaman kepada pimpinan, menterjemahkannya dalam bentuk tindakan, menyatukan fikrah dan memotivasikan muslimat dalam gerak kerja berjamaah.

    Pada hari ketiga akan diadakan Sambutan Maulidur Rasul dan Munajat Perdana anjuran Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan di lokasi sama bermula jam 7.00 malam dengan solat Maghrib, tazkirah dan zikir munajat serta solat hajat.

    Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan, Ustaz Nazri Yusof, program akan dipimpin Pengerusi Lajnah Dakwah Sabah, Ustaz Mohd Tarmizi Yahya ini bertujuan menyemai cinta kepada Rasullullah dan mengambil ibrah daripada sirah perjuangannya.

    Sehubungan dengan itu, PAS Negeri Sembilan menjemput seluruh rakyat khususnya daripada negeri ini sama ada yang jauh atau dekat agar dapat sama-sama mengambil manfaat serta memeriahkan program yang telah disusun.

    Sebarang  pertanyaan boleh hubungi talian 018 976515 (Ustaz Mahmuda), 019 4086977 (Faizah) atau 019 7593550 (Ustaz Rahmat) dan sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke akaun BIMB 05012010079826 Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Sembilan. – HARAKAHDAILY 26/11/2019

    - Advertisement -