PRK P.165 Tg Piai: Kaum Cina beri isyarat positif

- Advertisement -

TANJUNG PIAI: Sokongan pengundi masyarakat kaum Cina diyakini bertambah berikutan penerimaan baik dan memberangsangkan kepada petugas kempen BN dari Jentera PAS pada PRK P.165 Tanjung Piai.

- Advertisement -

Bahkan, reaksi tersebut dilihat sebagai petanda positif bukan sahaja kepada PAS secara khusus, malah ianya sebahagian penerimaan kaum tersebut kepada gagasan Muafakat Nasional yang dimeterai lebih sebulan lalu.

Pemerhatian tersebut dinyatakan Pengerusi Lajnah Perpaduan dan NGO Negeri Perak, Ustaz Azmi Murad Mohd Yusuf yang terlibat dalam kempen PRK P.165 Tanjung Piai kepada masyarakat Tionghua.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Ipoh Timur berkata, pihaknya turut menerangkan kepada setiap pengundi ditemui dalam kalangan kaum Cina memahamkan mereka mengenai agenda Muafakat Nasional.

Jelasnya, kaum tersebut langsung tidak menunjukkan masalah penerimaan terhadap pasukan kempen daripada PAS mahupun BN melibatkan Umno dan MCA. – HARAKAHDAILY 5/11/2019

- Advertisement -